#2 Perang poster klik

Aku terharu gila, ramai gila yang bagi feedback positive dekat aku, rasa dihargai sekejap #ehh. hahah. walaupun seriously, aku sendiri tengok poster aku, aku tak suka font yg aku guna tu. macam tak kena je duduk dekat situ. hahhaha.
Antara sokongan sokongan tu, sampai ada seorang pelajar ni, dari Kelab Visual UMP, dia nak invite aku join Kelab Visual UMP and dia suruh aku tubuhkan Kelab Grafik UMP. sampai diberi kepercayaan macam ni sekali. bukan aku tak nak jadi ketua kelab ke apa, aku rasa, banyak lagi yang aku tak tau.. aku buat semua ni pun, sebab hobi, memang takda la pendidikan formal, kursus, etc.
dan, yang terakhir, aku nak terimakasih kepada 315 orang yang dah like poster aku. Adik aku yang banyak tolong.
tak lupa juga, kepada kawan kawan yang share poster aku juga.







Antara poster poster yang aku suka dalam contest perang poster. mana diorang dapat idea pun aku tak tahulah. 




























perang poster kuala lumpur indiependent klothing KLIK

Semalam, malam tadi mungkin awal pagi dalam pukul 4 pagi, 
disebabkan aku tiada 'paper' (minggu final exam) aku rajin rajinkan diri, 
online lupa dunia.. tengah sedap scrolling sana sini, nampak kawan aku sorang ni share satu competition,
'perang poster KLIK (Kuala Lumpur Indiependent Klothing)' 
aku dah tahu pasal event ni, kawan aku pun ada yang join contest ni. 
Dah aku pun tak tahu nak buat apa, aku nak juga mencuba, 
mana lah tahu.. agak leceh juga nak buat poster ni,
banyak gila nak kena adjust, dengan information yang wajib 
ada agak banyak.. aku buat buat buat.. 8 pagi! baru lah siap..
ni lah apa yang aku dapat.
dan siapa yang tak kesah, boleh lah vote poster aku ni.

click link dekat bawah ni :D
link



Ni syarat syarat pertandingan:


PERANG POSTER EVENT KLIK BERMULA
1. terbuka kepada semua rakyat malaysia

2. bebas membuat apa sahaja jenis design

3. konsep adalah bebas , retro , futuristik , heavy grafik atau apa sahaja

4. size berukuran 900 pixel x 1300 pixel

5. sila upload ke wall kukubesi manipulasi
https://www.facebook.com/kukubesimanipulasi

6. pertandingan bermula jam 11 pagi 10 jun 2013

7. pertandingan berakhir jam 11 pagi 13 jun 2013

8. pihak kukubesi manipulasi akan upload semua karya dalam satu folder

9. 5 like terbanyak akan di pilih pemenang

10. 5 karya terbaik pilihan juri

11. hadiah daripada pihak clothing malaysia .

12. pemenang akan di umumkan pada hari jumaat 14 jun 2013 jam 8 malam

13. bebas menghantar seberapa banyak karya

14. gunakan kreativiti anda untuk menjadikan poster anda kelihatan hebat dan osem 

15. info wajib dalam poster seperti di bawah

LOKASI : WHITE BOX , MAP PUBLIKA
MASA : 11 PAGI - 9 MALAM
TARIKH : 15 JUN 2013

JENAMA CLOTHING UTAMA
EMPAYAR KUKUBESI
ABSTRAX
ATTACK APPAREL
MORNING ROCKET
WEAR OBLIQ
REIGN IN BLACK
RARE CLOTHING
JUNKCULT
AIRPLANE SYSTM

LAIN LAIN PENYERTAAN JENAMA CLOTHING
ELTEES CLOTHING
PK APPAREL
TARIK JEANS
VOXTRIBE CREW
CRISP
BLAD OPERA
SKULL N CANDY
WOLFGANG
LEGIT
RUMITOJAWI
ALANA ILHAM

PERSEMBAHAN AKUSTIK
pitahati
salamusik
tres empre
oh chentaku
alphabetical theory
pushpapura

PAMERAN PHOTOGRAPHY
HDR Legion
Subject Of Dreams

BODY ART PAINTING
paul airbrush

DOODLE ARTIST
Najib Arttech
Acit Rahman

KEPADA PESERTA SILA DAPATKAN LOGO WAJIB DI SINI
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.136497276546301.1073741830.130061543856541&type=3

SILA RAMAI2 JOIN PAGE FACEBOOK RASMI KLIK DI SINI
https://www.facebook.com/pages/KLIK/130061543856541

SUDIKAN UNTUK GEMBAR GEMBURKAN PERTANDINGAN INI KEPADA KAWAN2 SEMUA OKEY.

Achung *///
KB



me, touched


Someone just sent me her GWIYOMI's video this morning.

video

cuteness overload. 
thank you Yana. :)



Melayu JOHOR - Usman Awang





Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.




Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka