Konspirasi Bangkit

       Post sebelum ni, aku ada cerita pasal apa yang jadi dekat production #Monafendi kitorang. So, kali ini aku review sedikit sebanyak pada hari kejadian #KonspirasiBangkit ni.
       Walau apa yang dirancang awal awal tak menjadi.. skrip terpaksa ditukar walaupun lagi dua hari untuk pementasan. satu produksi jadi kelam kabut, semua unit pening kepala. Aku yang kena uruskan bahagian 'lighting dan audio' pun sama sama pening kepala juga. Yela, que sheet teknikal untuk #Monafendi dah siap. tapi kena buat yang baru pulak.. hari pertama tu, aku tak nampak apa apa idea keluar untuk skrip baru. jujur, aku rasa pementasan memang akan hancur. dan awal pagi hari kedua(11 Mei), pukul 6 pagi.. baru aku nmpak jalan cerita baru. sedangkan malam tu nak pementasan. memang kerja gila. Sampai aku takut nak balik tidur dekat bilik. lagi rela tidur dekat astaka tu. dengan lampu astaka kebanyakan rosak. mixer 'lighting' dekat belakang pentas, memang serabut.

       Tapi macam mana pun, dengan kerjasama, usaha, komitmen semua unit, terutama aku #ehh. semuanya dapat  disempurnakan sebelum pemantasan. Student UMP(Universiti Malaysia Pahang) jugak ramai lagi yang masih sokong jatuh bangun #waristheatreproduction. (tak tahulah kalau sebab kesian ke, atau memang minat teater) sedar tak sedar dewan astaka malam tu 'full house' 836 kerusi penuh. terharu tak terharu lah kan.

Malam itu, dapat jugak pentaskan dengan jayanya. antara komen komen penonton, 




Ali           : Beb, serious gempak duhhhhhh! aku tabik lah korang.
Budi        : Kalau 2 hari macam ni, Monafendi mesti gempak gila kan?
ChowKit : Kenapa berenang duhh? kenapa?
Dassler    : psst..Wehh, monafendi tak nak buat show tertutup ke?
Erman      : kalau kitorang, lagi dua hari memang dah give up dah, bagus lah korang.


       Aku tau semua positif.. sebab kalau negatif pun, aku takkan tulis dekat sini. kahkahkah.
tak lupa juga, terima kasih kepada Azizah Mahzan yang sudi datang memberi komen membina.
Dibawah ni sedikit sebanyak gambar-gambar hari kejadian.



Monafendi dan Konspirasi Bangkit


Terus buat banner baru. tahniah kepada Shafiq yahya dari unit publisiti.
buat kerja laju gila.



Selepas pemantasan.




ni haa Azizah Mahzan.

Baju Monafendi . haihhh.
p/s: alang kepalang ada gambar, baju ni ada lebih lagi.. nak habiskan stok. so harga RM25 sahaja,


Muka puas, bebas dari minggu minggu kelam kabut.


#WarisTheatreProduction.



20.5.13