Saya prihatin XD




Banyak kekejaman berlaku sekarang ni, x payah cerita dekat tempat orang lain, dekat Malaysia sendiri memang dah banyak jadi, jangan cakaplah korang x pernah dengar.Mungkin tak jauh dari tempat tinggal kita sendiri.

Banyak kes rogol, bunuh dan buang terjadi.Banyak mangsa2x adalah kanak2x, aku pun tak paham kenapa kanak2x, kenapa?? bayangkan dada mereka ditoreh, punggung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. 

Yang paling risau pelik 80% mereka yang kena tangkap masih terlepas, sebab tak cukup bukti untuk dakwa dan dimasukkan dalam penjara. Jadi, sedarlah dalam kalangan kita ni ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang bila2x masa je.

Mereka ni suma bukan orang kurang siuman atau orang gila. Semuanya pandai2x. Mereka mengunakan cara seperti PHISHING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi, aku sarankan beberapa perkara yang aku ambik dari sebuah blog jugak yang patut kita fikirkan balik terutama sekali di Facebook. Bukan perempuan je, lelak pun sama. Lagi2x sekarang budak darjah 4 pun dah ada facebook.darjah 4?? Yelah, korang kan sekarang hidup dekat facebook, segala galanya facebook.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

#aku just sampaikan apa yang aku baca je, sebab aku tau, bukan aku sorang, korang pun ada orang yang korang sayang. tak kan nak jadi macam apa yang berlaku ni kan?? 




8.6.12