Showing posts with label Theatre. Show all posts
Showing posts with label Theatre. Show all posts

Konspirasi Bangkit

       Post sebelum ni, aku ada cerita pasal apa yang jadi dekat production #Monafendi kitorang. So, kali ini aku review sedikit sebanyak pada hari kejadian #KonspirasiBangkit ni.
       Walau apa yang dirancang awal awal tak menjadi.. skrip terpaksa ditukar walaupun lagi dua hari untuk pementasan. satu produksi jadi kelam kabut, semua unit pening kepala. Aku yang kena uruskan bahagian 'lighting dan audio' pun sama sama pening kepala juga. Yela, que sheet teknikal untuk #Monafendi dah siap. tapi kena buat yang baru pulak.. hari pertama tu, aku tak nampak apa apa idea keluar untuk skrip baru. jujur, aku rasa pementasan memang akan hancur. dan awal pagi hari kedua(11 Mei), pukul 6 pagi.. baru aku nmpak jalan cerita baru. sedangkan malam tu nak pementasan. memang kerja gila. Sampai aku takut nak balik tidur dekat bilik. lagi rela tidur dekat astaka tu. dengan lampu astaka kebanyakan rosak. mixer 'lighting' dekat belakang pentas, memang serabut.

       Tapi macam mana pun, dengan kerjasama, usaha, komitmen semua unit, terutama aku #ehh. semuanya dapat  disempurnakan sebelum pemantasan. Student UMP(Universiti Malaysia Pahang) jugak ramai lagi yang masih sokong jatuh bangun #waristheatreproduction. (tak tahulah kalau sebab kesian ke, atau memang minat teater) sedar tak sedar dewan astaka malam tu 'full house' 836 kerusi penuh. terharu tak terharu lah kan.

Malam itu, dapat jugak pentaskan dengan jayanya. antara komen komen penonton, 




Ali           : Beb, serious gempak duhhhhhh! aku tabik lah korang.
Budi        : Kalau 2 hari macam ni, Monafendi mesti gempak gila kan?
ChowKit : Kenapa berenang duhh? kenapa?
Dassler    : psst..Wehh, monafendi tak nak buat show tertutup ke?
Erman      : kalau kitorang, lagi dua hari memang dah give up dah, bagus lah korang.


       Aku tau semua positif.. sebab kalau negatif pun, aku takkan tulis dekat sini. kahkahkah.
tak lupa juga, terima kasih kepada Azizah Mahzan yang sudi datang memberi komen membina.
Dibawah ni sedikit sebanyak gambar-gambar hari kejadian.



Monafendi dan Konspirasi Bangkit


Terus buat banner baru. tahniah kepada Shafiq yahya dari unit publisiti.
buat kerja laju gila.



Selepas pemantasan.




ni haa Azizah Mahzan.

Baju Monafendi . haihhh.
p/s: alang kepalang ada gambar, baju ni ada lebih lagi.. nak habiskan stok. so harga RM25 sahaja,


Muka puas, bebas dari minggu minggu kelam kabut.


#WarisTheatreProduction.



mungkin memang #konspirasibangkit


Mungkin,
ada yang nak jatuhkan kita disaat kritikal macam ni.
atau memang
itu yang dirancang.

Dan memang,
hasil dua bulan, dan dua hari,
berbeza.
mungkin berbeza.

Kalau mengalah
apa yang mereka harapkan,
mereka silap,
silap besar, mungkin.

tapi,
kalau kita gunakan dua hari,
untuk hasilkan sesuatu
untuk menggantikan yang dua bulan.
kita jauh lagi hebat,
mungkin atau memang HEBAT. 

#waristheatreproduction, #konspirasibangkit



Malam Gala Pesona dan Teater MONAFENDI.

 Dalam sibuk sibuk petang ni nak test pun.. sempat lagi aku nak update blog ni..
dua event terdekat aku di UMP.

MALAM GALA PESONA
ASTAKA UMP
28 APRIL 2013
8:00 MALAM


ACEs BAND



TEATER MONAFENDI arahan FIKRISHAMSUDDIN
ASTAKA UMP
10 MEI 2013
8:30 MALAM

PENATA LAMPU DAN BUNYI

       Aku sendiri tak tahu, dua dua aku minat, musik dan teater.. dua dua banyak perbezaan, tapi dua dua tu dalam cabang seni. macam kata kak FazleenaHishamuddin, "Teater tu salah satu cabang seni. dan seni tu macam PELANGI, dari bawah nampak cantik, tapi kita pun tak tahu macam mana pelangi itu sendiri di depan mata. kita hanya suka seni." mungkin tak 100% sama apa yang aku tulis dengan apa yang dia cakap. tapi lebih kurang macam tu lah isi dia.. dalam tu. ambil masa jugak aku nak faham.

Harap semua berjalan seperti yang diharapkan. amin .



Hari ini 7 december.(a bit longer photolog)

 Bangun dari tidur, duduk diam sambil nyalakan sebatang rokok winston yang semakin naik harga.. sudah sekian lama x singgah blog sendiri.. ramai kawan kawan yang berblog ada je isi yang nak disampaikan.. aku mungkin terlalu sibuk.. daripada nak menghabiskan lebih banyak masa depan komputer riba ni.. banyak perkara sehingga harini yang aku dah lalui, yang sepatutnya aku tinggalkan dalam blog ni.. paling tidak.. aku boleh tersenyum bila aku baca semula post post aku.. orang pesan, cakap banyak tak guna.. ada orang jugak cakap.. gambar lagi banyak makna.. jadi, aku muat naikkan gambar ni... kepada diri aku nanti..moga kau senyum melihat gambar ni semula. -theothersideofme

FESTIVAL TEATER DEKON MAKUM 2012
TEMPAT : DEWAN RESITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TARIKH : 25 - 30 JUN 2012






*epul sanggup datang sebab risaukan kitorang. tq epul.
\


SATU BULAN DI KEDAI KARPET

*curi tulang x salah kadang kadang.

Pehh, rindu rambut ni.

dan ini. haihh.








HARI RAYA AIDILFITRI 2012

*ada tema uolls..







JEMPUTAN KAHWIN DI PERAK 2012



*Like abah, like abang.





MAJLIS KONVOKESYEN EQA & CHE AMRI







TEATER KOMPILASI SHORTOUT





TEATER TUN SERI HASMAH - ISTANA BUDAYA


*roy dah hilang mana sekarang pun tak tahulah.

*baru perasan post ni dalam draft lama gila.
sebab tu 7 Disember.




Teater|DUSTA

Sempena FESTIVAL TEATER PAHANG,
Waris Theatre Production mempersembahkan DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10.
Jemput hadir :) 




Teater|USTAZ ZAPIN's family

      Sedar tak sedar, selesai jugak pementasan teater USTAZ ZAPIN, rasa kejap jea walaupun sebenarnya dekat dua bulan persediaan, dari rambut aku panjang sampai pendek, lurus jadi bergulung. Walau apa pun, semua okay. Aku enjoy, tambah ramai kawan, terutama kawan2x baru dari UMP, Kampus Pekan. krew2x audio. banyak bnda aku belajar dari produksi kali ini. Daripada aku x minat teater, sedar sedar dah 2 produksi aku join. :D










Sempat lagi jamming2x. 





Technical CREW
Technical CREW







Pengarah USTAZ ZAPIN


Penasihat produksi

Stage Manager, Pengarah, Penasihat


Circle :D


Hazryl Shafiq sebagai Lebai Mat

           Selang 1 hari selepas pementasan, aku dah kena meeting untuk produksi baru untuk Festival Teater Pahang, FTP. Harap2x dapat susun balik jadual aku. Bulan 7 ni pulak insyaAllah, Festival Teater MAKUM (banyak gila kan? sebab.. seriously best)