Showing posts with label Blog Posts. Show all posts
Showing posts with label Blog Posts. Show all posts

Konspirasi Bangkit

       Post sebelum ni, aku ada cerita pasal apa yang jadi dekat production #Monafendi kitorang. So, kali ini aku review sedikit sebanyak pada hari kejadian #KonspirasiBangkit ni.
       Walau apa yang dirancang awal awal tak menjadi.. skrip terpaksa ditukar walaupun lagi dua hari untuk pementasan. satu produksi jadi kelam kabut, semua unit pening kepala. Aku yang kena uruskan bahagian 'lighting dan audio' pun sama sama pening kepala juga. Yela, que sheet teknikal untuk #Monafendi dah siap. tapi kena buat yang baru pulak.. hari pertama tu, aku tak nampak apa apa idea keluar untuk skrip baru. jujur, aku rasa pementasan memang akan hancur. dan awal pagi hari kedua(11 Mei), pukul 6 pagi.. baru aku nmpak jalan cerita baru. sedangkan malam tu nak pementasan. memang kerja gila. Sampai aku takut nak balik tidur dekat bilik. lagi rela tidur dekat astaka tu. dengan lampu astaka kebanyakan rosak. mixer 'lighting' dekat belakang pentas, memang serabut.

       Tapi macam mana pun, dengan kerjasama, usaha, komitmen semua unit, terutama aku #ehh. semuanya dapat  disempurnakan sebelum pemantasan. Student UMP(Universiti Malaysia Pahang) jugak ramai lagi yang masih sokong jatuh bangun #waristheatreproduction. (tak tahulah kalau sebab kesian ke, atau memang minat teater) sedar tak sedar dewan astaka malam tu 'full house' 836 kerusi penuh. terharu tak terharu lah kan.

Malam itu, dapat jugak pentaskan dengan jayanya. antara komen komen penonton, 




Ali           : Beb, serious gempak duhhhhhh! aku tabik lah korang.
Budi        : Kalau 2 hari macam ni, Monafendi mesti gempak gila kan?
ChowKit : Kenapa berenang duhh? kenapa?
Dassler    : psst..Wehh, monafendi tak nak buat show tertutup ke?
Erman      : kalau kitorang, lagi dua hari memang dah give up dah, bagus lah korang.


       Aku tau semua positif.. sebab kalau negatif pun, aku takkan tulis dekat sini. kahkahkah.
tak lupa juga, terima kasih kepada Azizah Mahzan yang sudi datang memberi komen membina.
Dibawah ni sedikit sebanyak gambar-gambar hari kejadian.



Monafendi dan Konspirasi Bangkit


Terus buat banner baru. tahniah kepada Shafiq yahya dari unit publisiti.
buat kerja laju gila.



Selepas pemantasan.




ni haa Azizah Mahzan.

Baju Monafendi . haihhh.
p/s: alang kepalang ada gambar, baju ni ada lebih lagi.. nak habiskan stok. so harga RM25 sahaja,


Muka puas, bebas dari minggu minggu kelam kabut.


#WarisTheatreProduction.



mungkin memang #konspirasibangkit


Mungkin,
ada yang nak jatuhkan kita disaat kritikal macam ni.
atau memang
itu yang dirancang.

Dan memang,
hasil dua bulan, dan dua hari,
berbeza.
mungkin berbeza.

Kalau mengalah
apa yang mereka harapkan,
mereka silap,
silap besar, mungkin.

tapi,
kalau kita gunakan dua hari,
untuk hasilkan sesuatu
untuk menggantikan yang dua bulan.
kita jauh lagi hebat,
mungkin atau memang HEBAT. 

#waristheatreproduction, #konspirasibangkit



ACEs kick some ass.







 ACEs performing Generasiku by OAG and Aku Scandal by Hujan.






Thakyou Guys #WarisTheatreProduction for your support.

 
:D

Malam Gala Pesona dan Teater MONAFENDI.

 Dalam sibuk sibuk petang ni nak test pun.. sempat lagi aku nak update blog ni..
dua event terdekat aku di UMP.

MALAM GALA PESONA
ASTAKA UMP
28 APRIL 2013
8:00 MALAM


ACEs BAND



TEATER MONAFENDI arahan FIKRISHAMSUDDIN
ASTAKA UMP
10 MEI 2013
8:30 MALAM

PENATA LAMPU DAN BUNYI

       Aku sendiri tak tahu, dua dua aku minat, musik dan teater.. dua dua banyak perbezaan, tapi dua dua tu dalam cabang seni. macam kata kak FazleenaHishamuddin, "Teater tu salah satu cabang seni. dan seni tu macam PELANGI, dari bawah nampak cantik, tapi kita pun tak tahu macam mana pelangi itu sendiri di depan mata. kita hanya suka seni." mungkin tak 100% sama apa yang aku tulis dengan apa yang dia cakap. tapi lebih kurang macam tu lah isi dia.. dalam tu. ambil masa jugak aku nak faham.

Harap semua berjalan seperti yang diharapkan. amin .



Aku, Twitter dan test 'Hydraulic and Hydrology'

*click picture to enlarge.




Hari ini 7 december.(a bit longer photolog)

 Bangun dari tidur, duduk diam sambil nyalakan sebatang rokok winston yang semakin naik harga.. sudah sekian lama x singgah blog sendiri.. ramai kawan kawan yang berblog ada je isi yang nak disampaikan.. aku mungkin terlalu sibuk.. daripada nak menghabiskan lebih banyak masa depan komputer riba ni.. banyak perkara sehingga harini yang aku dah lalui, yang sepatutnya aku tinggalkan dalam blog ni.. paling tidak.. aku boleh tersenyum bila aku baca semula post post aku.. orang pesan, cakap banyak tak guna.. ada orang jugak cakap.. gambar lagi banyak makna.. jadi, aku muat naikkan gambar ni... kepada diri aku nanti..moga kau senyum melihat gambar ni semula. -theothersideofme

FESTIVAL TEATER DEKON MAKUM 2012
TEMPAT : DEWAN RESITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TARIKH : 25 - 30 JUN 2012






*epul sanggup datang sebab risaukan kitorang. tq epul.
\


SATU BULAN DI KEDAI KARPET

*curi tulang x salah kadang kadang.

Pehh, rindu rambut ni.

dan ini. haihh.








HARI RAYA AIDILFITRI 2012

*ada tema uolls..







JEMPUTAN KAHWIN DI PERAK 2012



*Like abah, like abang.





MAJLIS KONVOKESYEN EQA & CHE AMRI







TEATER KOMPILASI SHORTOUT





TEATER TUN SERI HASMAH - ISTANA BUDAYA


*roy dah hilang mana sekarang pun tak tahulah.

*baru perasan post ni dalam draft lama gila.
sebab tu 7 Disember.




Cerita hujung cerita.


Cerita,


Cerita kau, 
kau yang betul.


Cerita aku, 
aku yang betul.



Aku tak boleh cakap apa,
Sebab aku cuma orang jahat,
dalam cerita kau.

Tipu macam mana sekalipun,

Dalam cerita kau,
Kau masih betul,
Orang lain tetap salah,


Sebab kau,
aku,
kita manusia,
Cerita wangi kita,
Jaja busuk orang.

Tapi ini cerita aku.
Aku wangi,

Kau busuk.

Aku betul, 

Kau yang salah.




unsigned band

thanks for the great memories guys. kawan yg banyak ajar aku.



Apa duhh..


Serious lampi, aku mnganjing kodd... aku pantang org update mcm ni.. x payah update mcm ni kod, bnda memang dah salah. puihh..

*ke aku salah???????



a.p.o.l.o.g.i.z.e

   
  Minta maaf pada dekat semua kawan aku, 
even semua orang.. kaualu aku x dapat luang masa lebih untuk korang.. aku bukan xnak.. 
aku perlu korbankan masa muda aku ni untuk bnda yg lebih brharga untuk masa depan aku.. 
aku tau ramai yg x suka, ada yg cakap belakng, biasalah tu.. aku x salahkan korang.. benda ni lumrah.. aku xnak masa muda aku ni yg masih ada tenaga, ada masa, aku habiskan dgn 
enjoy, wayang, karaoke, sekali sekala boleh.. aku pun nak.. tp x boleh macam dulu.. harap korang paham. dan aku harap sgt apa yg aku buat ni xde mnyusahkan korang.. secara logik, 
aku mmg x nampak apa2x yg susahkan korang pun.. aku just mintak korang faham.
kepada yg memahami aku.. 
thanks :D doakan aku.

-salehuddinabdlatif




Ohh.. aku rasa ini FIRST time.


serious, first time ada orang luah perasaan tiba2x.. terkejut.. terdiam, terduduk.. ohh.. terharu x terkata..
A : hey , nak bagitahu something boleh ?
B : apa dye?
     gtau la..
A : i think i love you


terus offline.. mgkin malu.. tapi aku pulak yg rasa lain.. x senang duduk terus..
ada jugak orang nak dekat aku..
tp biarlah hidup aku senang dulu.. baru cari.. aku xnak apa yg dikejar terlepas, apa yg dipikul berciciran.. kan?? hidup pun x stabil.. bangun pagi pun nak harapkan ultraman kejutkan.. cukuplahh ada kembar sorang :D



CONTENG

If you don't like something, change it. If you can't change it, change your attitude.
Maya Angelou 

      Hari ni aku rasa lain.. makin lama makin lain.. nak cakap banyak takut salah.. harapkan kawan, kawan ke lawan? kutuk belakang.. tipu terang terang.. x beri kesan pun dekat hidup aku.. tapi kadang kadang aku trfkir.. knapa dorang dapat buat mcm tu? seronok? mungkin.. rasa lagi hebat? hebat ke? ...aku x kesah pun..
   
     Tp aku rasa aku pening. sebab apa x tau.. mgkin x tau nak luahkan dekat siapa. tp kan, trend skrang ni mmg semua orang nak jadi KAUNSELOR ke dekat FB? ada je bnda nak tegur. tegur direct la.. yg feeling hot lain pulak.. ramai org poke pun nak kecoh.. semak lah konon.. boleh delete kan? siap nak update status.
yg komen x fikir orang lain lg la.. mmg komen sesama kawan dorang.. tp kutuk pasal orang gemuk lah, obesiti lah... xkan lah x fikir. bukan dorang je yg baca bnda tu.. kan hott sangat? friend beriban.. smpai ada second account.. msti lah ada yg baca.. fikirlah sikit. kalau rasa badan dah solid sangat macam model.. attitude bersepah. segan lah. FIKIR perasaan ORANG LAIN, JANGAN FIKIR SENDIRI je nak HAPPY.ramai BENCI dekat KITA.






Saya prihatin XD




Banyak kekejaman berlaku sekarang ni, x payah cerita dekat tempat orang lain, dekat Malaysia sendiri memang dah banyak jadi, jangan cakaplah korang x pernah dengar.Mungkin tak jauh dari tempat tinggal kita sendiri.

Banyak kes rogol, bunuh dan buang terjadi.Banyak mangsa2x adalah kanak2x, aku pun tak paham kenapa kanak2x, kenapa?? bayangkan dada mereka ditoreh, punggung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. 

Yang paling risau pelik 80% mereka yang kena tangkap masih terlepas, sebab tak cukup bukti untuk dakwa dan dimasukkan dalam penjara. Jadi, sedarlah dalam kalangan kita ni ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang bila2x masa je.

Mereka ni suma bukan orang kurang siuman atau orang gila. Semuanya pandai2x. Mereka mengunakan cara seperti PHISHING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi, aku sarankan beberapa perkara yang aku ambik dari sebuah blog jugak yang patut kita fikirkan balik terutama sekali di Facebook. Bukan perempuan je, lelak pun sama. Lagi2x sekarang budak darjah 4 pun dah ada facebook.darjah 4?? Yelah, korang kan sekarang hidup dekat facebook, segala galanya facebook.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

#aku just sampaikan apa yang aku baca je, sebab aku tau, bukan aku sorang, korang pun ada orang yang korang sayang. tak kan nak jadi macam apa yang berlaku ni kan?? 




Teater|DUSTA

Sempena FESTIVAL TEATER PAHANG,
Waris Theatre Production mempersembahkan DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10.
Jemput hadir :) 




Teater|USTAZ ZAPIN's family

      Sedar tak sedar, selesai jugak pementasan teater USTAZ ZAPIN, rasa kejap jea walaupun sebenarnya dekat dua bulan persediaan, dari rambut aku panjang sampai pendek, lurus jadi bergulung. Walau apa pun, semua okay. Aku enjoy, tambah ramai kawan, terutama kawan2x baru dari UMP, Kampus Pekan. krew2x audio. banyak bnda aku belajar dari produksi kali ini. Daripada aku x minat teater, sedar sedar dah 2 produksi aku join. :D










Sempat lagi jamming2x. 





Technical CREW
Technical CREW







Pengarah USTAZ ZAPIN


Penasihat produksi

Stage Manager, Pengarah, Penasihat


Circle :D


Hazryl Shafiq sebagai Lebai Mat

           Selang 1 hari selepas pementasan, aku dah kena meeting untuk produksi baru untuk Festival Teater Pahang, FTP. Harap2x dapat susun balik jadual aku. Bulan 7 ni pulak insyaAllah, Festival Teater MAKUM (banyak gila kan? sebab.. seriously best)