rogol minda : pilihan

bagi aku la, hidup ni.. kita sentiasa ada pilihan.. apa pun yg kita pilih sama ada beri kesan positif atau negativ pada kita atau orang lain.
bila benda dah serabut, fikir balik.. kita yg buat pilihan, sepatutnya.. kita sendiri boleh tau kesan2 dari pilihan kita. sekecil kecil pilihan kita sekarang. boleh ubah masa depan kita.
simple, kita pilih tempat belajar. then, siapa yg kita akan kawan, siapa yg kita akan jumpa, suka, tak suka, musuh..
dari kawan pulak..itu yg akan banyak mempengaruhi perangai, pemikiran.. kawan kepada kawan.
mungkinlah kalau kita pilih tempat belajar lain, kau rasa hidup kita mcm ni ke?
boleh ke sama macam apa yg jadi dekat kita sekarang?
lagi baik atau lagi teruk?
itu baru contoh kita pilih tempat belajar.

dan kadang2, walau kita tau kita tak boleh percaya orang tu, tapi kita pilih untuk percaya.. lepastu makan diri. tu lah bodoh. benda ni..
kita nampak yang cantik seronok je. orang tipu pun, angguk je.

aku tau apa aku tulis ni macam tak pasal2.. kejap sembang benda lain. kejap benda lain..
mungkin xde tempat untuk aku cerita.

malam.

Dear R.A


"Sweet Nothing"

You took my heart and you held it in your mouth
And with a word all my love came rushing out
And every whisper, it's the worst,
Emptied out by a single word
There is a hollow in me now

So I put my faith in something unknown
I'm living on such sweet nothing
But I'm tired of hope with nothing to hold
I'm living on such sweet nothing

And it's hard to learn
And it's hard to love
When you're giving me such sweet nothing
Sweet nothing, sweet nothing
You're giving me such sweet nothing

[Beat break]

It isn't easy for me to let it go
Cause I've swallowed every single word
And every whisper, every sigh
Eats away this heart of mine
And there is a hollow in me now

So I put my faith in something unknown
I'm living on such sweet nothing
But I'm tired of hope with nothing to hold
I'm living on such sweet nothing

And it's hard to learn
And it's hard to love
When you're giving me such sweet nothing
Sweet nothing, sweet nothing
You're giving me such sweet nothing

[Beat break]

And it's not enough to tell me that you care
When we both know the words are empty air
You give me nothing

Uoooh
Uoooh
Uoooh
Nothing

[Beat break]

Uoooh
Uoooh
Uoooh

Sweet nothing

Uoooh
Uoooh
Uoooh
Sweet nothing

Tribute to my friends. I mean TRUE friends.



"This Is What It Feels Like"
(feat. Trevor Guthrie)
Nobody here knocking at my door
The sound of silence I can’t take anymore
Nobody ringing my telephone now
Oh how I miss such a beautiful sound

[Chorus:]
And I don’t even know how I survive
I won’t make it to the shore without your light
No I don’t even know if I’m alive
Oh, oh, oh without you now
This is what it feels like

Nothing to hold but the memories and frames
Oh they remind me of the battle I face
without your love, without you I drown
Somebody save me I’m going down

[Chorus:]
And I don’t even know how I survive
I won’t make it to the shore without your light
No I don’t even know if I’m alive
Oh, oh, oh without you now
This is what it feels like

[Chorus:]
And I don’t even know how I survive
I won’t make it down the road with one headlight
No I don’t even know if I’m alive
Oh, oh, oh without you now
This is what it feels like

Cabul Minda

     Untuk sekian lama tak menulis, dan terpanggil untuk tulis benda yang aku rasa sampah gila ni. Tadi masa aku drive balik dari lepak dengan member aku, aku terfikir pasal 'time-machine','time-travel' semua tu..wujud ke tak?ada ke orang boleh buat? kalau ada, apa akan jadi dekat dunia ni? aku? keluarga? masa depan?.. sebagai contoh.. katakanlah ada mesin masa, dan suatu hari dunia akan musnah apa semua tu lah, mesti semua nak 'travel' patah balik masa.. hidup dekat dunia lampau balik, atau pun travel and prevent segala macam bencana alam tu dari awal..
 kalau ada mesin masa tu, mungkin akan ada orang yang bawak segala teknologi dari masa depan ke masa lampau.. dapat bayangkan tak? mungkin superkomputer besar tablet je, manusia boleh terbang, boleh makan sambil tidur, belajar sambil tidur..
 kalau ada mesin masa juga, mungkin aku yang dah tua nanti,boleh datang jumpa aku sekarang.. tunjuk satu satu apa aku kena buat sekarang dan lepasni untuk hidup senang, untuk tak buat pilihan yg salah, secara tak langsung.. aku takkan buat kesilapan bodoh dalam hidup..nak senang lagi, aku betulkan terus apa silap yang aku buat dulu.. tapi kalau aku jumpa diri aku yg konon dari masa depan tu.. apa reaksi aku? nak ke aku ikut cakap dia? nak ke aku tau apa dah jadi pada dunia?? siapa isteri aku? aku ada anak ke tak? kalau semua benda kita dah tahu.. apa guna hidup.. macam baca buku yang dah tau penghujung macam mana.. pehh..
pening lah siaa...
macam mana kalau dah ada orang lalui semua ni.. cuma kita tak tahu..
tapi takkan kita tak tahu pulak..
mungkin zaman sekarang takde.. tapi masa depan kita tak tau benda ni wujud atau tak..
kalau benda ni wujud.. mesti dah ada orang yang travel ke masa sekarang/lampau..
tapi kenapa xde langsug kita dengar?? atau masa depan tu sendiri dah xde.. tak ada. sebab tu tak ada orang travel jumpa aku, ajar aku pilih jalan yang betul. macam mana kalau masa depan tu yang tak ada.. mungkin dunia tak sempat pun nak buat jadah mesin tu..




#2 Perang poster klik

Aku terharu gila, ramai gila yang bagi feedback positive dekat aku, rasa dihargai sekejap #ehh. hahah. walaupun seriously, aku sendiri tengok poster aku, aku tak suka font yg aku guna tu. macam tak kena je duduk dekat situ. hahhaha.
Antara sokongan sokongan tu, sampai ada seorang pelajar ni, dari Kelab Visual UMP, dia nak invite aku join Kelab Visual UMP and dia suruh aku tubuhkan Kelab Grafik UMP. sampai diberi kepercayaan macam ni sekali. bukan aku tak nak jadi ketua kelab ke apa, aku rasa, banyak lagi yang aku tak tau.. aku buat semua ni pun, sebab hobi, memang takda la pendidikan formal, kursus, etc.
dan, yang terakhir, aku nak terimakasih kepada 315 orang yang dah like poster aku. Adik aku yang banyak tolong.
tak lupa juga, kepada kawan kawan yang share poster aku juga.







Antara poster poster yang aku suka dalam contest perang poster. mana diorang dapat idea pun aku tak tahulah. 




























perang poster kuala lumpur indiependent klothing KLIK

Semalam, malam tadi mungkin awal pagi dalam pukul 4 pagi, 
disebabkan aku tiada 'paper' (minggu final exam) aku rajin rajinkan diri, 
online lupa dunia.. tengah sedap scrolling sana sini, nampak kawan aku sorang ni share satu competition,
'perang poster KLIK (Kuala Lumpur Indiependent Klothing)' 
aku dah tahu pasal event ni, kawan aku pun ada yang join contest ni. 
Dah aku pun tak tahu nak buat apa, aku nak juga mencuba, 
mana lah tahu.. agak leceh juga nak buat poster ni,
banyak gila nak kena adjust, dengan information yang wajib 
ada agak banyak.. aku buat buat buat.. 8 pagi! baru lah siap..
ni lah apa yang aku dapat.
dan siapa yang tak kesah, boleh lah vote poster aku ni.

click link dekat bawah ni :D
link



Ni syarat syarat pertandingan:


PERANG POSTER EVENT KLIK BERMULA
1. terbuka kepada semua rakyat malaysia

2. bebas membuat apa sahaja jenis design

3. konsep adalah bebas , retro , futuristik , heavy grafik atau apa sahaja

4. size berukuran 900 pixel x 1300 pixel

5. sila upload ke wall kukubesi manipulasi
https://www.facebook.com/kukubesimanipulasi

6. pertandingan bermula jam 11 pagi 10 jun 2013

7. pertandingan berakhir jam 11 pagi 13 jun 2013

8. pihak kukubesi manipulasi akan upload semua karya dalam satu folder

9. 5 like terbanyak akan di pilih pemenang

10. 5 karya terbaik pilihan juri

11. hadiah daripada pihak clothing malaysia .

12. pemenang akan di umumkan pada hari jumaat 14 jun 2013 jam 8 malam

13. bebas menghantar seberapa banyak karya

14. gunakan kreativiti anda untuk menjadikan poster anda kelihatan hebat dan osem 

15. info wajib dalam poster seperti di bawah

LOKASI : WHITE BOX , MAP PUBLIKA
MASA : 11 PAGI - 9 MALAM
TARIKH : 15 JUN 2013

JENAMA CLOTHING UTAMA
EMPAYAR KUKUBESI
ABSTRAX
ATTACK APPAREL
MORNING ROCKET
WEAR OBLIQ
REIGN IN BLACK
RARE CLOTHING
JUNKCULT
AIRPLANE SYSTM

LAIN LAIN PENYERTAAN JENAMA CLOTHING
ELTEES CLOTHING
PK APPAREL
TARIK JEANS
VOXTRIBE CREW
CRISP
BLAD OPERA
SKULL N CANDY
WOLFGANG
LEGIT
RUMITOJAWI
ALANA ILHAM

PERSEMBAHAN AKUSTIK
pitahati
salamusik
tres empre
oh chentaku
alphabetical theory
pushpapura

PAMERAN PHOTOGRAPHY
HDR Legion
Subject Of Dreams

BODY ART PAINTING
paul airbrush

DOODLE ARTIST
Najib Arttech
Acit Rahman

KEPADA PESERTA SILA DAPATKAN LOGO WAJIB DI SINI
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.136497276546301.1073741830.130061543856541&type=3

SILA RAMAI2 JOIN PAGE FACEBOOK RASMI KLIK DI SINI
https://www.facebook.com/pages/KLIK/130061543856541

SUDIKAN UNTUK GEMBAR GEMBURKAN PERTANDINGAN INI KEPADA KAWAN2 SEMUA OKEY.

Achung *///
KB



me, touched


Someone just sent me her GWIYOMI's video this morning.


cuteness overload. 
thank you Yana. :)



Melayu JOHOR - Usman Awang





Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.




Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka



Konspirasi Bangkit

       Post sebelum ni, aku ada cerita pasal apa yang jadi dekat production #Monafendi kitorang. So, kali ini aku review sedikit sebanyak pada hari kejadian #KonspirasiBangkit ni.
       Walau apa yang dirancang awal awal tak menjadi.. skrip terpaksa ditukar walaupun lagi dua hari untuk pementasan. satu produksi jadi kelam kabut, semua unit pening kepala. Aku yang kena uruskan bahagian 'lighting dan audio' pun sama sama pening kepala juga. Yela, que sheet teknikal untuk #Monafendi dah siap. tapi kena buat yang baru pulak.. hari pertama tu, aku tak nampak apa apa idea keluar untuk skrip baru. jujur, aku rasa pementasan memang akan hancur. dan awal pagi hari kedua(11 Mei), pukul 6 pagi.. baru aku nmpak jalan cerita baru. sedangkan malam tu nak pementasan. memang kerja gila. Sampai aku takut nak balik tidur dekat bilik. lagi rela tidur dekat astaka tu. dengan lampu astaka kebanyakan rosak. mixer 'lighting' dekat belakang pentas, memang serabut.

       Tapi macam mana pun, dengan kerjasama, usaha, komitmen semua unit, terutama aku #ehh. semuanya dapat  disempurnakan sebelum pemantasan. Student UMP(Universiti Malaysia Pahang) jugak ramai lagi yang masih sokong jatuh bangun #waristheatreproduction. (tak tahulah kalau sebab kesian ke, atau memang minat teater) sedar tak sedar dewan astaka malam tu 'full house' 836 kerusi penuh. terharu tak terharu lah kan.

Malam itu, dapat jugak pentaskan dengan jayanya. antara komen komen penonton, 




Ali           : Beb, serious gempak duhhhhhh! aku tabik lah korang.
Budi        : Kalau 2 hari macam ni, Monafendi mesti gempak gila kan?
ChowKit : Kenapa berenang duhh? kenapa?
Dassler    : psst..Wehh, monafendi tak nak buat show tertutup ke?
Erman      : kalau kitorang, lagi dua hari memang dah give up dah, bagus lah korang.


       Aku tau semua positif.. sebab kalau negatif pun, aku takkan tulis dekat sini. kahkahkah.
tak lupa juga, terima kasih kepada Azizah Mahzan yang sudi datang memberi komen membina.
Dibawah ni sedikit sebanyak gambar-gambar hari kejadian.



Monafendi dan Konspirasi Bangkit


Terus buat banner baru. tahniah kepada Shafiq yahya dari unit publisiti.
buat kerja laju gila.



Selepas pemantasan.




ni haa Azizah Mahzan.

Baju Monafendi . haihhh.
p/s: alang kepalang ada gambar, baju ni ada lebih lagi.. nak habiskan stok. so harga RM25 sahaja,


Muka puas, bebas dari minggu minggu kelam kabut.


#WarisTheatreProduction.



mungkin memang #konspirasibangkit


Mungkin,
ada yang nak jatuhkan kita disaat kritikal macam ni.
atau memang
itu yang dirancang.

Dan memang,
hasil dua bulan, dan dua hari,
berbeza.
mungkin berbeza.

Kalau mengalah
apa yang mereka harapkan,
mereka silap,
silap besar, mungkin.

tapi,
kalau kita gunakan dua hari,
untuk hasilkan sesuatu
untuk menggantikan yang dua bulan.
kita jauh lagi hebat,
mungkin atau memang HEBAT. 

#waristheatreproduction, #konspirasibangkit



ACEs kick some ass.







 ACEs performing Generasiku by OAG and Aku Scandal by Hujan.






Thakyou Guys #WarisTheatreProduction for your support.

 
:D

Malam Gala Pesona dan Teater MONAFENDI.

 Dalam sibuk sibuk petang ni nak test pun.. sempat lagi aku nak update blog ni..
dua event terdekat aku di UMP.

MALAM GALA PESONA
ASTAKA UMP
28 APRIL 2013
8:00 MALAM


ACEs BAND



TEATER MONAFENDI arahan FIKRISHAMSUDDIN
ASTAKA UMP
10 MEI 2013
8:30 MALAM

PENATA LAMPU DAN BUNYI

       Aku sendiri tak tahu, dua dua aku minat, musik dan teater.. dua dua banyak perbezaan, tapi dua dua tu dalam cabang seni. macam kata kak FazleenaHishamuddin, "Teater tu salah satu cabang seni. dan seni tu macam PELANGI, dari bawah nampak cantik, tapi kita pun tak tahu macam mana pelangi itu sendiri di depan mata. kita hanya suka seni." mungkin tak 100% sama apa yang aku tulis dengan apa yang dia cakap. tapi lebih kurang macam tu lah isi dia.. dalam tu. ambil masa jugak aku nak faham.

Harap semua berjalan seperti yang diharapkan. amin .



Aku, Twitter dan test 'Hydraulic and Hydrology'

*click picture to enlarge.




Hari ini 7 december.(a bit longer photolog)

 Bangun dari tidur, duduk diam sambil nyalakan sebatang rokok winston yang semakin naik harga.. sudah sekian lama x singgah blog sendiri.. ramai kawan kawan yang berblog ada je isi yang nak disampaikan.. aku mungkin terlalu sibuk.. daripada nak menghabiskan lebih banyak masa depan komputer riba ni.. banyak perkara sehingga harini yang aku dah lalui, yang sepatutnya aku tinggalkan dalam blog ni.. paling tidak.. aku boleh tersenyum bila aku baca semula post post aku.. orang pesan, cakap banyak tak guna.. ada orang jugak cakap.. gambar lagi banyak makna.. jadi, aku muat naikkan gambar ni... kepada diri aku nanti..moga kau senyum melihat gambar ni semula. -theothersideofme

FESTIVAL TEATER DEKON MAKUM 2012
TEMPAT : DEWAN RESITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TARIKH : 25 - 30 JUN 2012






*epul sanggup datang sebab risaukan kitorang. tq epul.
\


SATU BULAN DI KEDAI KARPET

*curi tulang x salah kadang kadang.

Pehh, rindu rambut ni.

dan ini. haihh.








HARI RAYA AIDILFITRI 2012

*ada tema uolls..







JEMPUTAN KAHWIN DI PERAK 2012



*Like abah, like abang.





MAJLIS KONVOKESYEN EQA & CHE AMRI







TEATER KOMPILASI SHORTOUT





TEATER TUN SERI HASMAH - ISTANA BUDAYA


*roy dah hilang mana sekarang pun tak tahulah.

*baru perasan post ni dalam draft lama gila.
sebab tu 7 Disember.